Menu-menu bangsat


Wajarnya aku selak lembaran kamus bahasa,
agar bisa aku pilih kata yg sesuai supaya
ianya kedengaran tidak perih
meski maknanya sangat menyakitkan.

Sekarang kita hidup kena pandai bermain kosa kata.
Kena petah berkata puitis.
Bukan lakonklik mahu berpura-pura,
tapi demi hidup tanpa bangsat yang celaka.
Manusia kadangnya memang menjahanamkan.
Tidak senang melihat orang bersuka-suka.
Duka kita juga  yang diselak.
Kalau bisa sekalian ingin mereka tahu celana katak apa kita pakai.
Apa koyak rabak? Apa berjenama? Apa yang biasa-biasa saja.

Aku benci manusia durjana.
Bermandikan cerita duka aku.
Berhibur dengan sakit aku.

Biar mereka.

Aku yakin
karma akan hidangkan menu-menu bangsat dari kesaktiannya.
Tunggu sahaja, biar masa jadi hakimnya. Biar aku jadi saksinya!

Comments